Saturday, 4 January 2014

Rakyat Malaysia Menentang Hard Rock Cafe dan Kelab Malam di Putrajaya. Jom Like Page Bantahan !!


Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999. Putrajaya, bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan (lihat peta). Ia adalahWilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia.

Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.

Tidak lama lagi Putrajaya yang lebih dikenali sebagai Bandar Islam akan ada Pusat Hiburan untuk masyarakatnya bersosial. Putrajaya diasingkan untuk menunjukkan kejayaan Bumiputera Melayu Khasnya dan kini Melayu itu sendiri mahu mencemarkannya.

Adakah ini yang dimahukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk orang Melayu?

Jadi, untuk menunjukan kesepakatan kita, marilah kita sama-sama dalam bantahan terhadap pembinaan Pusat Maksiat tersebut. Mari kita sama-sama like page bantahan tersebut dan tunjukkan kekuatan rakyat Malaysia. Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! ...


https://www.facebook.com/pages/Rakyat-Malaysia-Menentang-Hard-Rock-Cafe-dan-Kelab-Malam-di-Putrajaya/249117548586909?fref=ts

Sunday, 6 January 2013

DS Noh Omar Prihatin Masalah Penduduk Jadi Mangsa Kilang Tayar Haram



Hari ini aku bawakan kisah kilang tayar haram yang membuatkan penduduk terpaksa memanggil DS Noh Omar sendiri untuk melihat betapa degilnya tuan punya kilang yang enggan menutup kilangnya walaupun telah diarahkan tutup oleh PBT.

Maklumat yang disampaikan kepada aku mengatakan penduduk kampung terlalu marah dengan kilang berkenaan kerana tahap pencemaran yang dihsilkan amat membimbangkan.

Kilang tersebut yang menghasilkan bau busuk, habuk dan debu kotor yang dikhutiri akan mendatangkan mudarat dan masalah kesihatan kepada penduduk setempat.





Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) perlu menjawab persoalan ini dan menjelaskan mengapa premis yang telah diarahkan tutup serta membahayakan kesihatan dan nyawa penduduk setempat masih beroperasi sehingga kini.

Apakah perkara ini "DISENGAJAKAN" atau "MEMANG DISENGAJAKAN"?

Apa yang diharapkan di sini ialah tiada unsur rasuah atau salahguna kuasa di pihak yang berwajib dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Nyawa rakyat lebih penting daripada wang ringgit!!

Justeru, bertindaklah segera mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada sebelum penduduk kampung bertindak mengikut cara mereka.

Sumber: Pena Dari Tanah Melayu

Thursday, 3 January 2013

Malam Sambutan Tahun Baru 2013 Bersama YB DS Noh Omar - 2 Jan 2013




Sungguh meriah Majlis Sambutan Tahun Baru 2013 Bersama Y.B Datuk Seri Noh Omar yang berlangsung di Padang Astaka, Tanjong Karang pada jam 9.00 malam tadi.

Y.B Datuk Seri Noh Omar yang baru saja turun dari pesawat pada malam itu, tanpa menghiraukan penat lelahnya terus pulang ke Tanjong Karang untuk bersama meraikan malam sambutan Tahun Baru 2013 di kawasannya


Dalam acara itu, pengunjung yang hadir nampak berseronok dan terhibur meraikan   tahun baru bersama pemimpin kesayangan mereka.

Kewibawaan Y.B Datuk Seri Noh Omar selama menjadi pemimpin di Tanjong Karang tidak dapat dipersoalkan lagi apabila melihat gerombolan manusia yang hadir meraikannya dan rata-ratanya mereka adalah penduduk setempat.

Tahniah Y.B Datuk Seri Noh Omar kerana berjaya menjadi pemimpin yang disayangai rakyat. Kemenangan pastin menjadi milik kita.. Insyaallah...


   















Tuesday, 1 January 2013

Salam Perkenalan Dari Admin P.95 Tanjong Karang


Salam Perkenalan dari kami admin P.95 Tanjong Karang. Kami akan memberikan info dan berita terkini untuk dikongsikan bersama warga Tanjong Karang.