Thursday, 3 January 2013

Malam Sambutan Tahun Baru 2013 Bersama YB DS Noh Omar - 2 Jan 2013




Sungguh meriah Majlis Sambutan Tahun Baru 2013 Bersama Y.B Datuk Seri Noh Omar yang berlangsung di Padang Astaka, Tanjong Karang pada jam 9.00 malam tadi.

Y.B Datuk Seri Noh Omar yang baru saja turun dari pesawat pada malam itu, tanpa menghiraukan penat lelahnya terus pulang ke Tanjong Karang untuk bersama meraikan malam sambutan Tahun Baru 2013 di kawasannya


Dalam acara itu, pengunjung yang hadir nampak berseronok dan terhibur meraikan   tahun baru bersama pemimpin kesayangan mereka.

Kewibawaan Y.B Datuk Seri Noh Omar selama menjadi pemimpin di Tanjong Karang tidak dapat dipersoalkan lagi apabila melihat gerombolan manusia yang hadir meraikannya dan rata-ratanya mereka adalah penduduk setempat.

Tahniah Y.B Datuk Seri Noh Omar kerana berjaya menjadi pemimpin yang disayangai rakyat. Kemenangan pastin menjadi milik kita.. Insyaallah...


   















No comments:

Post a Comment